Peluang Kerjaya Menjadi Guru Ganti Tahun 2019 Sekolah Menengah & Rendah!

Guru ganti sekolah menengah dan rendah

Ingin menjadi guru? Kini Unit Pengurusan Sekolah PPD Timur Laut, Pulau Pinang mempelawa anda yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai guru ganti bagi sekolah rendah dan menengah di daerah Timur Laut pada tahun 2019.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:

  1. Umur: 18 tahun hingga 30 tahun bagi bukan siswazah dan hingga 35 tahun bagi siswazah.

  2. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya sijil SPM iaitu:

– Lulus Ujian Lisan BM
– Kepujian BM
– Kepujian 3 subjek lain termasuk subjek dipohon.

  1. Calon yang memiliki sijil STPM, Diploma dan Ijazah amat digalakkan untuk memohon.

TATACARA PERMOHONAN: 

  1. Mengisi borang permohonan guru ganti (warna biru) yang boleh didapati di pejabat PPDTL.

ATAU

  1. Mengisi borang permohonan guru ganti melalui google form link di bawah:

https://goo.gl/forms

  1. Calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan serta tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temuduga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon.

  2. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

  1. Elaun guru ganti dibayar mengikut kadar kelulusan:
    SPM – RM54/hari
    STPM/DIPLOMA – RM72/hari
    Ijazah – RM100/hari

  2. Tempoh lantikan adalah minimum 1 bulan dan maksimum 2 bulan bagi setiap lantikan. (Boleh dilantik semula jika terdapat kekosongan dan peruntukan yang ada)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Ahmad Rosydi bin Ahmad Basir, Pen.PPD (Pegawai Khas KGSK)
Tel: 04-2109425 @
Email: [email protected]

BORANG PERMOHONAN GURU GANTI SEKOLAH DI PULAU PINANG TAHUN 2019 – Mohon